Baru-baru ni saya berpeluang pergi ke MAHA 2010 dan melihat beberapa booths membuat promosi coklat homemade.Saya juga teruja ingin turut serta pada masa akan datang untuk mempromosikan Roselle.Untuk makluman anda semua, kualiti dan rasa amat penting bagi saya. Mengapa harga Roselle agak mahal?So far Roselle tidak semahal mana dan berbaloi dibeli (hehe kerana keenakkannya) kerana saya mengguna coklat yang berkualiti A. Coklat yang saya gunakan adalah SICAO, Berry-Callebaut dari Belgium. Bukan tidak menyokong produk Malaysia, tetapi kerana ikut kehendak tekak saya sendiri yang memang cerewet tentang coklat. ;)
Setakat ini ramai pelanggan berpuashati dengan coklat saya.Thanks a lot my dear customer.So bagi customer yang ingin mencuba menikmati coklat saya bolehlah membuat tempahan especially untuk perkahwinan,pertunangan,hari jadi, corporate gift dan sebagainya.